Tuesday, August 2, 2011

NO PAIN NO GAIN

tersebutlah kisah..susah2 dahulu bersenang2 kemudian, usaha tangga kejayaan dan banyaklagi perumpamaan yang seperti menyakitkan telinga saya bila dengarnya...patutkah kita perlu bersusah2 dalu baru kita boleh hidup senang kemudian hari...cuba lah kita fikirkan tentang orang yang miskin, meminta sedekah di tepi jalan dan pasar raya, orang yang tidak ada rumah dan hanya mampu makan sekali 2 hari...hidup susah tidak mestinya akan membawa kesenangan kemudian hari...

alahai...usaha itu tangga kejayaan??? ne satu lagi pepatah yang menyakitkan bila saya dengar.semestinyakah kita akan berjaya apabila kita berusaha? inilah satu persoalan yang bermain di minda saya..saya dari dulu lagi tidak berapa percaya kenyataan ini. ini adalah kerana terdapat banyak contoh yang saya nampak dan alami berkenaan dengan pepatah ini..dulu zaman saya masih menuntut di UK saya cuba belajar bersungguh2 krna saya cuba untuk melihat usha itu tangga kejayaan...puiii!!!walau mcm mana pun saya belajar tetap juga saya tidak dapat keputusan yang terbaik seperti yang dirancangkan.dan saya cuba lihat perbandingan dengan orang2 putih disana, turun kelas bawa handpone jer...2 3 minit keluar.itu jer tapi keputusan mereka macam mok bunuh diri x percaya tengok...bukanlah saya ne bebal sangat kn...ne lah yang saya pelik tentang peribahasa ini...xkan boleh dapat 8a1 seorang budak yang eja nama sendiri pun x reti...kepintaran serta kepandaian ini satu anugerah kerana setiap kita sudah terencana apa tugasan kita di bumi ini...

hehehe....maaf yer kepada mereka yang tidak puas hati dengan rencana yang saya utuskan tadi.saya bukanlah bermaksud nak merendahkan seseorang tetapi itu apa yang saya perhatikan serta alami. no pain no gain.....eya tanpa kepayahan serta kesulitan yang saya alami selama ini saya tidak mungkin dapat mengutuskan blog ini kepada tatapan kalian.kesulitan yang saya alami mungkin ada hikmahnya..mengajar saya menjadi lebih berani,gagah serta mempunyai nilai persaingan yang tinggi.namun begitu,,,kesulitan tersebut juga menjadikn aku seorang insan yang rendah diri.krna saya pernah melalui pelbagai kepayahan  dunia ini.

kalian pembaca sekalian, apa yang kita buat hari ini adalah penentu kepada siapa kita hari esoknya.percayalah bahawa tidak pernaha ada keajaiban di dunia ini jika kita tidak berusaha untuk mengubah diri kita sendiri.

Monday, August 1, 2011

Berita Harian Online | Sneijder milik Man Utd?

Berita Harian Online | Sneijder milik Man Utd?

IT'S ALL ABOUT ME

inilah diri ku...diriku yang bercita-cita ingin mengubah dunia ini dari bentuk bulat kepada bujur...tiada yang teristimewa tentang diriku berbanding dengan cita-citaku yang tinggi mengunung...tiada yang hebat tentang ku selain hasrat hati yang membara penuh yakin ingin buat sesuatu kelainan....


aku hanyalah anak Adam yang dilahirkan sesempurnanya di dunia ini...lengkap anggota badan,,,sepasang tangan,sepasang kaki,sepasang telinga dan dua lubang hidung yang besar.hehehe..(just joke)..walaupun muka ku tidak lah sekacak artis atau model dewa remaja namun aku boleh dikatakan antara jejaka pujaan wanita di luar sana jika picture ku diletakkan di majalah...(perasan nyer)...eya bah...time masih di bangku persekolahan dulu aku adalah antara pelajar lelaki yang top juga di sana.mana tak perasan kalau awek bertukar ganti..1 minggu dapat awek 2 3 orang.tapi tidaklah nak belagak sangat sebab ada juga yang lebih hebat awek tu buatnya macam baju lusuh..pakai buang..opppsss...buat macam bekas tapau jer lah...lepas makan buang dalam tong sampah...


saya merupakan anak keenam daripada enam orang adik beradik..tue lah sebab nya saya ne manja dan sering kali berpewatakan kebudak-budakkan sikit. ne lah sebab nyer perempuan minat sangat kat aku kali..saya ne manja dan romantik ..lelaki romantik terakhir di dunia katakan...tapi mana lah tauk ada lagi yang lebih romantik diluar sana...sori bah bro..walaupun 80% kehidupan saya tidak berada di rumah namun saya sangat merindui kampung halaman ku yang semakin ku tinggalkan jauh mengejar cita-citaku...janganlah bimbang orang2 kampung ku..aku tetap kenang dan merindui kalian sekalian.


bah2..satu perkara yang paling saya suka ialah tidur dan tonton tv.caya lah bro n sis..saya boleh tido 12 jam tanpa henti..mungkin lebih kali.ada lah satu ceta tentang bab saya tido ne..ada suatu hari tue saya tido dari jam 7 malam sehinggalah jam 3 petang..tetiba jak bapa saudara saya kejutkan saya..."oiiii...kamu sakit kah ne?kenapa tido lama sangat ne?pengsan kali kamu ne.." hahahha..lucu2..tapi sori tidak dapat buat kamu orang ketawa...saya jawab lah dengan muka selamba bercampur air liuh" jangan kacau orang tido lah bah"..saya sambung tido balik bangun jam 7.13 malam esok nya...aduiiii..lama nyer saya tido kan...
ok222..bab tonton tv ne pelik sikit saya..saya bila daah tonton tv siaplah sampai makan, mandi,minum pun tidak.macam dah kena gam punggung kat kerusi..tue lah malas nyer family saya bila saya balik rumah..pasti ada 1 2 tv kan rosak nanti.saya senyum2 jak coz bukan saya yang bayar orang repair tv tue..


hehehe...pasal makan ne tidak ada masalah dengan saya ne..saya boleh makan apa jer janji tidak beracun.bab makanan memudaratkan kesihatan ne semua makanan memudaratkan kesihatan kita kan...tapi masalahnya saya tidak begitu suka makan durian...bukan tidak suka kerana bau nya atau bentuknya yang berduru just tidak nak makan jer..tapi kalau kena paksa boleh juak saya makan 1 ulas...


aduii..time puasa ne bila cakap air minuman saya sannngggaaaat suka minum cola.yups...saya mcm dah addicts minum cola ne.hidup tanpa minum cola 1 week macam saya hidup kat gurun sahara...air sejuk atau batu ais kah saya makan @ minum x dapat hilangkan dahaga kecuali minum cola...ohhh.....haus nyer bila cakap tentang coca cola ne..namun begitu ramai orang kata cola ne tidak baik untuk kesihatan.yeah..benar tapi saya mok minum juga....


ermmm..pa lagi yer..saya orang kampung lah bro.kampung saya di kawasan pedalaman sana.tapi tidak juga hidup atas pokok atau head hunter macam fikiran kamu tue.da lah moden sikit..walaupun masih menaiki perahu pergi sana namun itulah yang menarik tentang kampung saya kerana kamu akan seperti pelancong pabila pergi sana..jakun.hehehe..masih mengekalkan keindah flora dan fauna nya walaupun sesekali pandang kamu ada nampak pokok ditebang ditebing2 sungai..hah!tu bukan kerja penduduk sana..tu lah akibat pembalakkan haram yang berlaku 3tahun lepas di sana.campur tangan kerajaan serta beberapa orang kenamaan telah menyebabkan rakyat tutup mulut disogok dengan duit rm500 satu keluarga..tu lah kerajaan mulai menindas rakyat yang buta dengan duit.tapi tidak apa juga...dapat juga orang2 kampung saya berbelanja dengan duit tersebut membeli barang keperluan harian mereka.


panjang lebar saya berleter ne...sorilah bah..tapi itulah serba sedikit tentang diri saya..bab bercakap ne saya macam perempuan sikit lah.tapi sya tidak suka mengumpat..saya suka bercakap tentang jenaka, bola, kacau orang dan banyak lagi kecuali mengumpat orang...


niway...tangkieu kepada pembaca yang sudi ambil 5minit baca tentang saya ne..jangan bah lupa saya akan menyajikan kelainan di dalam blog ne kepada anda semua...  


                                                                  * marcgenloveuall*

THIS IS MY LOVE STORY

Love....
Apa kah makna cinta? apakah makna sayang? apakah makna suka ? apakah makna rasa kesunyian tanpa seseorang? Inikah cinta? sukar bukan untuk kita memahami serta mengerti apakah yang kita rasa sebenarnya..kadang kala kita tidak mengerti dan terkeliru di manakah kita telah berpijak...
Cinta adalah anugerah...ia mampu mengubah diri seseorang, mengubah segalanya sehingga kita tidak faham kenapa seseorang membunuh diri kerana cinta.. Apakah bodohnya? ya!!! kita buta, bodoh, keliru,leka dan abnormal kerana cinta...percayalah kerana kamu merasainya juga bukan...

maafkan aku kerana apa yang akan tertulis di sini adalah kisah cinta ku..kisah cinta yang tidak pernah seseorang pun tahu betapa dahsyatnya cinta ini.kerana aku akan menjadi bukti cinta-cinta yang bermain dalam naluri pencinta-pencinta ini. kerana aku akan menjawab persoalan dalam hati mereka cinta adalah anugerah.

THIS IS MY LOVE STORY

i love you like crazy..

cinta...apa yang aku cari sekarang. semua telah ku dapat. perempuan? cinta? kasih sayang? kalaulah perempuan ku cari aku sudah mempunyai ramai bekas kekasih yang sehingga diriku sendiri tidak tahu berapa jumlah mereka kalau dikira. bodohnya aku kerana tidak ada satu pun mereka melekat dihati ku ini.
kenapa hatiku begitu keras untuk merasakan kehadiran degupan atau kedipan perasaan cinta? maafkan aku kerana aku bukan tidak mencinta mereka kerana aku tidak pernah merasakan wujud perasaan cinta di dalam hati ku ini. perasaan yang ku rasa ini bukanlah perasaan  cinta..ia adalah perasaan ego... ego ku sebagai seorang lelaki. aku menjaga, care dan menemani setiap waktu bersama-sama adalah kerana perasaan kasih sayang dan risau. ku belum dapat merasakan cinta di dalam hati ini. tetapi aku tidak tahu apa perasaan di dalam mereka saat mereka memegang tanganku. apakaha ada degupan di hati mereka ataupun hanya sekadar seperti seketul batu yang keras.


namun...di suatu saat yang aku sendiri tidak pasti bila aku telah merasakan kepanasan dalam hati ini. kepanasan bukan krna bahang mentari tetapi panasnya aura cinta. degupan jangtungku mulai meningkat...apakah petanda ini? adakah antara mereka yang berada di hadapan ku itu telah memancarkan auranya sehingga magnet di dalam hati ini memberi cas nya...ohhhh noo...aku telah jatuh cinta!!! siapakah dia? cintakah ini? persoalan telah bermain di dalam kepalakku..inilah saat paling sukar bagi ku...perlukah aku mencari cinta tersebut atau berharap dia datang sendiri. bergolek dan berkata... "i love u". mimpi!!!!! jangan bermimpi lah...tidak ada perkara begitu mudah di dunia ini. apa yang aku tahu kini bahwa aku telah jatuh cinta..jatuh cinta kepada seorang insan misteri...misteri kerana aku tidak pernah tahu siapa dirinya, siapa namanya dan adakah dia sudah berpunya? bodoh kan diriku ini...kenapa aku terlalu melulu untuk memendam perasaan ini sedangkan apa yang ku harapkan tersebut belum ada kepastiannya. sikapku ini umpama dengar guruh di langit air ditempayan dituangkan...krna cinta membuatkan aku menjadi kelam kabut.hidup tidak terurus..yang penting saat ini aku ingin mengenali insan misteri tersebut dengan lebih dalam. aku akan melakukan apa sekali pun asalkan aku dapat mengenalinya...


INI KERANA.. AKU MULAI MERINDUINYA..
apakah kesudahan cinta nya? dapatkah dia mengenali gadis misteri tersebut? apakah halangan yang akan dia lalui? dan saksikan dengan sendiri kisah cinta yang dilaluinya...

SANDIWARA CINTA SEMALAM

sandiwara semalam
mengajar aku suatu erti
mengajar aku mengerti
bahawa semalam bukanlah puisi
tetapi suatu realiti
yang menjadikan aku mulai fahami
makna dan maksud bicara hati ini

sandiwara semalam
membuatkan aku menangisi
makna sebuah cinta
yang kian ku ragui puitisinya
krna sandiwara semalam membuatkan aku..
cuba memahami diri 
cinta ku
dan diri nya...

jika benarlah cintanya adalah diriku
janganlah diragui hatiku dengan sebuah sandiwara
yang membuatkan aku mulai pasrah
menyerah..
menguburkan setiap nafas cinta ini...

kerna aku tidak bisa lagi memahami mu..
krna aku tidak kuasa lagi menghalang kehendakmu
krna aku PASTI...CINTA BUKAN SEKADAR LUAHAN HATI..
CINTA ADALAH SATU IKATAN ANTARA DUA HATI...
MENERIMA SIAPA AKU DAN SIAPA DIRINYA SEADANYA....

jika engkau bukan cintaku...
akan ku jadika engkau kenangan..
jika engkau cintaku...
akan ku jadikan epilogi engkau sebuah dendam...

KERNA CINTA ...ADA BATASANNYA!!!!

Saturday, July 30, 2011

IT'S NOT EASY

IT'S NOT EASY
TO APPOLOGIZE
TO BEGIN OVER
TO ADMIT ERROR
TO KEEP TRYING
TO TAKE ADVICE
TO BE UNSELFISH
TO BE CHARITABLE
TO FACE A SNEER
TO AVOID MISTAKE
TO PROFIT MISTAKE
TO FORGIVE AND FORGET
TO THINK AND THEN ACT
TO SHOULDER A DESERVED BLAME

~ BUT IT ALWAYS PAY~

Friday, July 29, 2011

HUJAN MASIH BELUM BERHENTI

hujan rintik-rintik
membasahi kuyup tubuh ku
kenapa masih lagi
kaki ku terpaku
terpahat...
terpacak..
di atas tanah ini....

di dalam kesejukkan hujan ini,
hatiku masih lagi membara,
membakar setiap kekuatan dalam diri ku
ibarat sebuah gunung berapi

kenapa???
hujan ini masih belum berhenti
kenapa air mata ku membasahi pipiku
ibarat sang mengerti bahwa aku sepertinya
menitiskan manik-manik sedih sepi dan pilu


aku yakin hujan ini pasti akan berhenti.......